Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan di Aidil adha

Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya Aidil adha kepada semua umat Islam seluruh dunia.
Tahun ni, tahun ke 19 aku sambut aidiladha dengan izin Allah. Tapi aku terfikir apa pengorbanan besar setakat ini aku pernah lakukan untuk agama.hmm,xpe tu kite tinggalkan buat sementara waktu,

Mari kita lihat apa pengorbanan-pengorbanan yang dilakukan oleh para nabi-nabi terdahulu yang mungkin kita terlupa akan pengorbanan besar yang telah mereka lakukan semata-mata kerana Allah S.W.T.

Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s
  • Nabi Ibrahim adalah salah seorang nabi yang digelar "ulul 'azmi " yang bermaksud mempunyai kesabaran luar banding dengan manusia biasa.
  • Nabi Ibrahim juga dikenali sebagai "abul adya" iaitu Bapa Agama. 
  • Beliau adalah pencari Tuhan seperti yang disebutkan didalam surah An'am, ayat 75-76.
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (75) Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". (76)  (Surah An'am, ayat75-76).

  • Antara kesabaran yang dapat kita lihat adalah, kesabaran beliau dalam menanti untuk memiliki anak setelah bernikah dengan Siti Sarah isteri pertamanya, dan kesabaran beliau menjalankan perintah Allah S.W.T setelah memperolehi anak perempuan beliau.
  • Dengan izin Allah, isteri pertamanya telah merelakan nabi ibrahim untuk menikah dengan Siti Hajar isteri kedua beliau. Dari pernikahan nabi ibrahim dengan siti hajar, beliau telah dikurniakan oleh Allah seorang anak laki-laki yang diberi nama Ismail.
  • Disebalik kebahagian yang diberikan oleh Allah kepada nabi ibrahim dan siti hajar dengan memiliki seorang anak laki-laki, Nabi Ibrahim telah diuji oleh Allah s.w.t  untuk mengasingkan Isterinya bersama anak nya Ismail yang masih bayi di bukit Safa yang gersang nan tandus.
  • tempat yang jauh dari penduduk dan mungkin mempunyai binatang buas di tempat tersebut. namun dengan kesabaran dan ketaatan beliau terhadap Allah dia berangkat bersama isterinya dan anaknya Ismail ke bukit safa. kemudian meninggalkan mereka di bukit gersang nan tandus.
  • selang beberapa waktu Ismail berasa kehausan. Sedangkan persediaan minuman serta makanan telah habis. Ditambah lagi air susu sang ibu tidak dapat disusukan karena telah banyak keluar tenaga dan asupan tidak ada. Namun, Ismail yang belum cukup faham dengan keadaan ibunya tetap menangis.
  • Siti Hajar pun diliputi kebingungan. Wajarlah, secara logiknya di bukit gersang nan tandus sangat sulit untuk mendapatkan air. Tapi agungnya pengorbanan seorang ibu tidak terhalang oleh hal demikian. Dengan gigih Siti Hajar berlari-lari kecil (sa’i) menuju bukit Marwah. Dalam pandangannya, ia melihat genangan air di bukit tersebut. Namun, setelah didatangi ternyata yang ia dapati hanya fatamorgana. Lantas ia pun kembali lagi ke bukit Shafa karena setelah tiba di bukit Marwah ia melihat genangan air berada di bukit Shafa. Tapi yang ia dapati fatamorgana jua. Alhasil, ia hilir mudik antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Berlari-lari kecil (baca: sa’i) ini menjadi syari’at umat Nabi Muhammad saw., sebagai salahsatu rukun ibadah haji.
  • Setelah cukup lelah hilir mudik sebanyak tujuh kali antara Shafa dan Marwah, tiba-tiba ia melihat pancaran air dari tanah bawah. Tepat pada bekas jejak kaki Ismail yang selonjor. Air tersebut terus memancar keluar dari permukaan tanah. Sehingga menjadi genangan. Melihat genangan air yang semakin besar itu, Siti Hajar bersyukur atas anugerah Allah tersebut dan berkata pada air itu, “zam zam ya al ma’u” (kumpul, kumpul wahai air). Air tersebut membentuk genangan yang semakin lama semakin besar semacam sumur. Alhasil, ronta dan tangis kehausan Ismail pun dapat terobati dengan air yang penuh berkah. Bahkan sampai saat ini, air tersebut masih tetap memacarkan berkah bagi semua peminumnya dan tiada pernah kering walau sudah miliyaran orang mereguknya selama berabad-abad.
  • Beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat ilham dari Allah melalui mimpi untuk menyembelih putranya Ismail. Tepat ketika Ismail telah tumbuh menjadi anak remaja yang ceria dan mulai terampil membantu sang ayah bekerja. Namun dengan kesabarannya, Ibrahim menyampaikan perintah Allah tersebut (ilham) yang didapat melalui mimpinya kepada Ismail dengan diliputi perasaan gundah, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”. Ismail menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah bapak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Q.S. Ash Shaaffaat:102).
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102)  (Surah As-Saaffat ayat-102)

  • Tatkala keduanya telah bersepakat melaksanakan titah Yang Mahakuasa, mereka pun pergi mencari tempat untuk melaksanakan penyembelihan. Tetapi kemudian godaan datang dari syaitan, mereka (Ibrahim dan Ismail) dipengaruhi supaya tidak jadi melaksanakannya. Tetapi dengan komitmen yang kuat mereka berdua tetap akan melaksanakan perintah Allah tersebut. Sampai Ibrahim melempar batu mengusir syaitan di beberapa tempat. Inilah asal mula disyari’atkannya lempar jumrah pada saat ibadah haji. 
  • Setelah tiada lagi yang mengganggu, Ibrahim membaringkan anaknya. Dengan penuh kesabaran dan ketaatan, Ibrahim pun menempelkan sebilah senjata tajam (sejenis golok) ke leher Ismail. Puncak penyerahan diri yang optimal kepada Allah. Namun yang terjadi di luar dugaan mereka. Ketika senjata tajam digesekan ke leher Ismail, Allah menggantinya dengan seekor gibas (sejenis domba) yang besar. Demikian ini menjadi sunnah ibadah qurban yang kita laksanakan pada hari ‘Idul Adha dan tiga hari berikutnya. 
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107)  (Surah As-Saaffat ayat103-107).

         Begitulah besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail. Dengan sifat kesabaran dan ketaatan yang tujukkan oleh Nabi Ibrahim kepada Allah s.w.t, arap kita dapat mencontohi sifat kesabaran beliau dalam menempuh ujian dari Allah s.w.t dan ketaatan beliau dalam melaksanakan suruhan Allah s.w.t.

         Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim As. dan keluarganya. Wallahu a’lam bis showab.

sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan salah dan silap itu datangnya dari diri saya sendiri

SALAM 


















 

2 comments:

  1. jika ada sebarang percanggahan maklumat harap pembaca dapat menengur saya, agar sebarang kesilapan dapat diperbetulkan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.